Saturday, October 17, 2009
Saturday, September 5, 2009
Hormati Kepercayaan Orang lain
" Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan."
( Al-An'am : 108 )
( Al-An'am : 108 )
Saturday, July 25, 2009
Gotong-Royong Bersama Penuntut IAIN Sumatera Barat
Pada 25.7.2009 Surau Nurul Iman diziarahi oleh penuntut2 dari Institut Agama Islam Negeri, Sumatera Barat (berhampiran Medan). Program ziarah ini merupakan salah satu aktiviti penuntut berkenaan sebelum memulakan pengajian semula. Aktiviti yg dijalankan di Surau ini ialah bergotong-royong membersihkan kawasan dan di dalam Surau. Selepas selesai kerja membersihkan Surau, penuntut dari IAIN dijamu dengan juadah Mee Goreng dan kuih-muih. Alhamdulillah kerjasama dari AJK Surau telah membuatkan program Gotong-Royong ini berjaya dijalankan. Pada pagi Ahad (26.7.09) Kuliah Subuh dikendalikan oleh Ustaz Ridzuan merupakan salah seorang penuntut IAIN, Sumatera Utara. Salah satu aktiviti lagi ialah Kuliah Maghrib yg akan diadakan pada 27.9.09. Secara keseluruhannya aktiviti kemasyarakatan yg dijalankan oleh penuntut IAIN dgn kerjasama JKKK Kg. Melayu Seri Kundang berjaya.
Labels:
Kipas ni pun nak clean,
so ana bersihkan
Friday, July 17, 2009
Sambutan Israk dan Mikraj 1430 Hijrah
Alhamdulillah, sambutan Israk dan Mikraj telah diadakan pada 17.7.2009 (Jumaat). Penceramah undangan ialah Yg Berbahgia Ustaz Dato' Mohamad bin Abdul (Juruacara Bahasa Arab Musabaqah Al-Quran Peringkat Antarabangsa). Para hadirin disajikan dengan bahan ceramah yg ada sedikit kelainan berbanding dgn ceramah yg disampaikan oleh penceramah pada sambutan Israk dan Mikraj tahun-tahun lalu. Walau pun tempoh ceramah yg agak panjang iaitu selepas Solat Maghrib hingga jam 9.30 malam, namun hadirin agak terpukau dgn keupayaan penceramah mengupas intipati Peristiwa Israk dan Mikraj. Selepas selesai Solat Isyak, hadirin telah disajikan dgn jamuan nasi. Walau pun program ini dijalankan secara 'ad-hoc' namun ianya berjaya dengan sokongan para YB di kalangan jemaah surau.
Saturday, June 20, 2009
Pengerusi dan AJK Tekun Melapah Lembu Korban
Sebut saja nama Khalid semua jemaah pasti terpukau dgn telatah dan guraunya yg bersahaja. Beliau merupakan ajk yg diberi tugas menjaga biro penyediaan juadah. Setiap mlm Jumaat pasti jemaah tertunggu teh tarik buatan beliau. Bukan senang nk buat teh tarik yg mengundang pelbagai komplen dari peminumnya. Setiap komplen pasti dijawab bersahaja oleh beliau. Buat masa ini beliau masih keseorangan apabila pembantu beliau Allahyarham Sdra. Saari telah kembali kerahmatullah beberapa tahun lepas.
Thursday, June 18, 2009
TETAMU DARI ARAB SAUDI
Sempena Ibadah Korban tahun 2008, beberapa org student Arab Saudi yg menuntut di UM telah hadir di surau ini. Pihak surau telah menjamu tetamu dari Arab Saudi ini dengan sup tulang lembu. Dari respon yg diberikan tetamu ini amat mengemari juadah yg dihidangkan ini. Dari segi komunikasi tiada masalah kerana beberapa org anak jemaah surau ini boleh berbahasa Arab seperti Ustaz Rodi yg pernah menuntut di Syria.
Monday, June 8, 2009
GOLONGAN RUWAIBIDHAH
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda; Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.
Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?. "Nabi s.a.w. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai".
" [ Ibnu Majah ]

FIKIR-FIKIRKAN DIKALANGAN KITA
Thursday, May 28, 2009
Tuesday, May 19, 2009
TOK KETUA MELAPAH DAGING
Sempena Ibadah Korban Perdana 2008 pihak Surau Nurul Iman telah melaksanakan sembelihan sebanyak 7 ekor lembu. Program korban telah dirancang dengan jayanya oleh Tuan Hj. Abdullah b. Sirat selaku Pengerusi Ibadah Korban. Makluman kepada jemaah dan yang berminat untuk menyertai ibadah tersebut dipaparkan di papan kenyataan surau pada awal tahun lagi bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada yang ingin menyertai membayar secara ansuran atau menjelaskannya secara sekaligus. Alhamdulillah bagi ibadah korban tahun 2009 penyertaan masih terbuka. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi AJK surau. Penyertaan amat dialu-alukan. Photo yang dipaparkan menunjukkan Tuan Hj. Mazlan b. Baki selaku Pengerusi JKKK Kg.Melayu Seri Kundang yang juga Penasihat Surau (sesi 2009 - 2012) sedang melapah lembu korban. Inilah contoh teladan sebagai seorang ketua.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PEGAWAI DAN AJK SURAU SESI JUN 2007 HINGGA JUN 2010
Y.Bhg. Dato' Azlan b. Hashim - Penaung
En. Mohtar b. Dollah - Pengerusi
En. Othman bin Mat - Setiausaha
Tuan Hj. Md Esa b. Samsudin - Bendahari
AHLI JAWATANKUASA
Tuan Hj. Madzlan b. Baki
En. Khalid bin Yahya
En. Jalil b. Hj. Sahid
Tuan Hj. Abdullah b. Sirat
Tuan Hj. Harun bin Sidin
Tuan Hj. Said bin Hassan
Puan Hajah Zaleha bt. Hassan
En. Asharul Ridza b. Alias - Wakil Pemuda
Puan Hajah Maimun bt. Chik - Wakil Wanita
Puan Hajah Surutinah bt. Ahmad - Bilal Jenazah Wanita
En. Roslan b. Habib - Pemeriksa Kira-Kira 1
En. Omar bin Ismail- Pemeriksa Kira-Kira 2
PEGAWAI SURAU
Tuan Hj. Hassan b. Abd Majid - Imam
Tuan Hj. Miswan b. Basar - Bilal
En. Kamarjan bin Darus - Siak

PROGRAM MENGIMARAH SURAU
KULIAH MAGHRIB
Jabatan Agama Islam Selangor
Waktu Solat
Majlis Penyampaian Bantuan kepada Golongan Miskin dan Ibu Tunggal Serta Majlis Berbuka Puasa
Majlis Penyampaian Bantuan kepada penduduk miskin dan juga ibu tunggal telah diadakan di Surau ini pada 29.8.2009. Majlis penyampaian disempurnakan oleh Y.B. Tuan William Leong selaku Ahli Parlimen Selayang. Selepas selesai penyampaian diikuti dengan majlis berbuka puasa dengan Y.B. Tuan William Leong. Dengan adanya program sebegini sekurang-kurangnya mereka yang bukan beragama Islam dapat mengenal lebih dekat lagi tuntutan Agama Islam iaitu berpuasa dalam bulan Ramadhan dan juga berbuka apabila tiba waktunya. Sebagaimana kita semua sedia maklum, mengikut kajian pengamal perubatan, amalan berpuasa adalah salah satu eksasais berguna kepada kesihatan diri setelah kita mengisi perut selama 11 bulan. Wallahualam.
Imam 3 Masjid Nurul Yaqin Test Kari Lembu
AJK Gotong-Royong Memasak Nasi
Sambutan Israk Mikraj 17.7.09
SUDUT INFO
SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ
TARIKH : 17.7.2009 (KHAMIS MLM JUMAAT)
LEPAS MAGHRIB
PENCERAMAH : YG BERBAHGIA USTAZ DATO' MOHAMAD B. ABDUL
(PENGACARA BAHASA ARAB MUSABAQAH MEMBACA AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA
CADANGAN REHLAH DITANGGUHKAN
HAJAT NK ADAKAN REHLAH KE KELANTAN (SERAMBI MEKAH) DAN KE TRENGGANU (PENYU MENANGIS) TERPAKSA DITANGGUHKAN KERANA TERDAPAT SUARA2 YG TIDAK MENYETUJUINYA. SEMOGA PIHAK YG TIDAK MENYETUJUINYA DPT PETUNJUK DARI ALLAH S.W.T
SOLAT TARAWIH 1430 HIJRAH
Hajat beberapa jemaah yang mengharapkan agar pihak Surau mengundang Hafiz Al-Quran menjadi Imam Solat Tarawih di sepanjang bulan Ramadhan tidak kesampaian kerana tidak dipersetujui beberapa orang AJK Surau. Nampaknya bukan mudah untuk membuat perubahan. Adalah diharapkan agar AJK Surau berfikir sejenak tujuan mengundang Imam hafiz. Salah satu tujuannya ialah memberi peluang kepada golongan belia tampil kedepan memimpin Solat Tarawih. Dengan lain perkataan mengujudkan pelapis. Sekiranya tidak diberi peluang bakat yang ada pada anak muda dipendam begitu saja. Salah satu sebab perlu mengundang Imam hafiz ialah memberi peluang kepada jemaah menikmati ayat-ayat Al-Quran selain dari ayat yang lazim yang sering dibaca saban tahun semasa Solat Tarawih. Apa yang jelas kerugian bagi kita kerana di blok F saja terdapat seramai 4 orang Hafiz Al-Quran. Sewajarnya pihak Surau mengundang mereka. Tiada kerugian mengeluarkan sedikit sagu hati kepada mereka kerana pintu rezeki tabung Surau sentiasa terbuka luas.
PROGRAM KORBAN PERDANA TAHUN 2009
Kepada jemaah yang berminat turut serta bolehlah berhubung dengan Tuan Hj. Abdullah b. Sirat atau AJK Surau. Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM350.00. Kaedah menjelaskan bayaran boleh dibincang dgn Tuan Hj. Abdullah. Masih ada kekosongan, jangan lepaskan peluang menyertainya.